Masalah Perkembangan Pengangkutan di Kawasan Kajian
Pencemaran bunyi
Daripada pemerhatian saya, pencemaran bunyi kerap berlaku di kawasan kajian. Pencemaran tersebut sering berlalu akibat daripada sikap pemandu yang tidak berhemah yang membunyikan hon dengan harapan kesesakan lalu lintas akan berakhir. Selain itu, di kawasan kajian terdapat sekumpulan pelumba kereta haram yang mengadakan perlumbaan di Lebuhraya Kuala Lumpur ke Putrajaya pada tengah malam. Bunyi yang dihasilkan amat menganggu ketenteraman dan keamanan penduduk. 

Pencemaran Udara
Menurut kajian saya, pencemaran udara di kawasan kajian disebabkan kenderaan yang menggunakan diesel. Kenderaan sebegini mengeluarkan jelaga yang hitam semasa pelepasan asap ekzos. Di Bandar Putra Permai, pelepasan jelaga hitam biasanya tertumpu pada waktu pagi dan petang di Jalan Putra Permai. Ini biasanya dilakukan oleh lori, teksi dan bas awam serta bas sekolah. 

Jalan Raya Tidak Diselenggara
Berdasarkan kajian yang saya lakukan, kerosakan jalan adalah antara masalah paling kerap berlaku di kawasan kajian. Kerosakan jalan akibat tidak diselenggara dengan betul telah menyebabkan ketidakselesaan pemandu. Dalam sesetengah situasi, masalah ini boleh berkembang menjadi sebuah kemalangan. Di Jalan Pinggiran Putra, pemandu akan mengahadapi jalan yang mempunya lubang yang agak besar sehingga mampu mengundang kemalangan.
Kesesakan Lalu Lintas
Berdasarkan kajian yang saya perolehi, kesesakan lalu lintas merupakan antara masalah yang dihadapi semasa menggunakan sistem pengangkutan. ini disebabkan penduduk yang enggan menggunakan bas awam untuk ke satu tempat ke tempat yang lain. Di kawasan kajian, kesesakan lalu lintas sering berlaku di Jalan Putra Permai pada waktu pagi dan petang. Ini disebabkan pekerja dan pelajar yang pergi dan pulang dari tempat bekerja atau belajar. Menurut borang temubual
No comments:
Post a Comment